Jualan Runcit Australia Meningkat Di Seluruh Kawasan.

69

Jualan runcit Australia meningkat pada bulan Jun. Peningkatan selama 3 bulan berturut-turut menjadi petanda kepada perbelanjaan pengguna semakin menguat.

Laporan Badan Statistik Buruh Australia pada jualan runcit dalam negara meningkat 0.3%, selepas kenaikan sebanyak 0.6% pada bulan sebelumnya.  Jualan suku tahunan meningkat sebanyak 1.5%

Tren jualan keseluruhan meningkat sebanyak 0.4%. Hasil jualan barangan rumah meningkat paling tinggi ke paras 0.9% berbanding dengan komponen lain seperti makanan dan pakaian.

Peningkatan tren jualan berlaku pada semua kawasan dan Tasmania melaporkan peningkatan tertinggi kepada 0.7%. Manakala di New South Wales dan Victoria turut melaporkan kenaikan sebanyak 0.5%

Jualan runcit bulanan dapat memberi gambaran terhadap perbelanjaan semasa pengguna yang mana dapat meransangkan ekonomi. Perbelanjaan pengguna agak perlahan pada suku tahun pertama walaupun perkembangan GDP lebih daripada jangkaan.

Jabatan statistik di jangka tidak akan melaporkan kajian GDP suku tahun kedua sehingga bulan September nanti.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat