Jualan Runcit di Kanada Meningkat, Usd/Cad Meneruskan Kejatuhan Hari Ini

54

Jualan runcit (retail sales) di Kanada meningkat 2.2% pada Januari berbanding jangkaan peningkatan 1.5% dan data pada bulan sebelum yang merekodkan kejatuhan sebanyak 0.4%.

Jualan barangan asas atau dipanggil sebagai (core-retail sales) meningkat 1.7% jika dibandingkan dengan jangkaan pasaran hanya kenaikan 1.2%. Ini adalah satu kenaikan yang mendadak yang menyebabkan dolar Kanada menguat sejurus data ini dikeluarkan. Usd/Cad meneruskan kejatuhan jika dilihat dalam time-frame kecil dan kini jatuh hampir 50 pip semasa artikel ini ditulis.

Pengukuhan data kali ini banyak disumbangkan oleh peningkatan jualan kenderaan dan alat-ganti yang naik sebanyak 3.8%. Jualan dilihat merekodkan kenaikan dalam 10 dari 11 sub-sektor di Kanada.

Pasaran sebenarnya telah menjangkakan kenaikan mendadak data kelai ini kerana bacaan lemah pada Disember. Jualan pada Disember lemah khususnya barangan bermusim dan data kali ini naik mendadak pada Januar

Dalam konteks inidata jualan akan meningkatkan keyakinan Bank of Canada dalam jangkaan pertumbuhan ekonomi negara ini. Selepas ini data inflasi pada Jumaat akan menjadi perhatian sebagai faktor yang akan menentukan pendirian polisi monetari secara keseluruhan.

Data yang kukuh atau lebih dari jangkaan akan meningkatkan tekanan kepada Bank of Canada yang akan mengurangkan pendirian ‘dovish‘ mereka terhadap polisi semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat