Jualan Runcit Kanada Bakal Memberi Impak Signifikan Kepada CAD Manakala Euro Pula Akan Dipandu Oleh Ucapan Mario Draghi

667

Matawang Dolar bergerak pasif pada dagangan hari ini selepas didagangkan positif semalam ekoran reaksi daripada kelemahan dalam sektor perkilangan Amerika Syarikat yang telah menyebabkan pasaran saham global merudum. Sebagai matawang bersifat safe-haven, kejatuhan pasaran global akan meningkatkan permintaan terhadap USD.

Menyentuh berkenaan sesi Eropah, data KDNK di Jerman dicatatkan menepati sasaran pasaran di mana bacaan kekal tidak berubah pada paras sifar. Tidak lama kemudian, data tinjauan IFO perniagaan di Jerman susut kepada 98.5 mata daripada 99.0 mata ramalan. Ini merupakan siri kejatuhan untuk kali ke enam berturut-turut sejak bacaan data November yang lalu.

Dalam zon Eropah pula, kadar inflasi tahunan menurun kepada 1.4% pada Januari 2019 seperti jangkaan pasaran dan perlahan untuk bulan ketiga berturut-turut.

Dalam perkembangan pasaran Asia pula, NZD mengalami kejatuhan apabila laporan terbaru daripada bank pusat bahawa Timbalan Gabenor Reserve Bank New Zealand (RBNZ), Geoff Bascand menyatakan peningkatan pada modal simpanan bank (bank capital) akan mendorong kepada situasi pemotongan kadar faedah.

Tumpuan pasaran pada malam ini akan beralih kepada data ekonomi Kanada iaitu jualan runcit (retail sales) yang akan dikeluarkan pada jam 9:30 malam dimana pasaran meramalkan akan ada kenaikan dalam data ini memandangkan angka jualan runcit yang dikeluarkan pada peringkat kilang meningkat semalam.

Tidak lupa juga kepada ucapan Presiden ECB Mario Draghi yang dijadualkan berucap pada jam 11:30 malam di acara penyampaian ijazah di Universiti Bologna, Itali. Sebarang perubahan yang signifikan dalam ucapan beliau akan memberi implikasi kepada Euro.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat