Jualan Runcit Lemah! Kemelesetan Depan Mata New Zealand Je?

94

Ekonomi New Zealand mungkin jatuh ke dalam kemelesetan teknikal pada separuh pertama tahun ini selepas mencatatkan penurunan suku kedua berturut-turut dalam penjualan runcit.

Takrifan kemelesetan teknikal merujuk kepada terdapat dua suku berturut-turut pertumbuhan negatif dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Data terbaharu daripada Statistik New Zealand pada Khamis melaporkan jualan diselaraskan untuk inflasi turun 2.3% dalam tempoh tiga bulan hingga Jun, menyusuli penguncupan 0.9% yang dicatatkan pada suku pertama.

Angka yang dicatatkan ternyata jauh lebih lemah daripada jangkaan pasaran yang mengharapkan jualan runcit akan melonjak 1.7% selepas kejatuhan yang dicatatkan pada suku sebelumnya.

Hal ini secara tidak langsung meningkat prospek kejatuhan berturut-turut dalam KDNK suku tahunan, atau dalam kata lain, kemelesetan di New Zealand.

Sebagai rekod, ekonomi menyusut sebanyak 0.2% pada suku pertama.

Bagaimanapun, walaupun indikator utama eksport, pembuatan dan pembinaan dicatatkan lemah, penganalisis tidak meramalkan kemerosotan akan berlaku di negara itu.

Malah, pada minggu lepas Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengunjurkan pertumbuhan 1.8% setelah ia meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi baru-baru ini.

Dolar New Zealand dilihat mengabaikan kejatuhan yang dicatatkan dalam data ini, sebaliknya mencatatkan peningkatan dengan memanfaatkan penyusutan US dolar pada sesi Asia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat