Jualan Runcit Malaysia Atasi Ramalan, Catat Kenaikan 26.5% Bagi Suku Ke-4 2021

223

Data jualan runcit Malaysia bagi suku ke-4 tahun kewangan 2021 (4QFY21) mencatat pertumbuhan sebanyak 26.5% tahun ke tahun (y-o-y).

Menurut Retail Group Malaysia (RGM), keputusan laporan suku tahunan terkini telah melepasi jangkaan pasaran, di mana Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) dan Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) mencatat kadar pertumbuhan suku keempat (4Q) sebanyak 18.3% pada November 2021.

Hujarnya lagi, jualan runcit meningkat pada bulan berikutnya, Disember ekoran sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina.

Selain itu, data turut menunjukkan bahawa semakin ramai pengguna Malaysia membuat pembelian di kedai fizikal di pusat komersial dan pusat beli-belah seluruh negara.

Walau bagaimanapun, RGM menyatakan industri runcit Malaysia menurun 2.3% secara keseluruhan bagi tahun 2021.

Tambahnya, data jualan bagi 4Q masih tidak cukup untuk mengimbangi kerugian besar yang ditanggung selama era pandemik.

Dalam pada itu, bagi 1QFY22 MRA dan MRCA telah mencatat pertumbuhan sebanyak 16.5% secara purata.

Menurut data, gedung serbaneka merangkap pengendali pasar raya dijangka mengekalkan momentum pemulihan dengan kadar pertumbuhan sebanyak 28.2% pada 1QFY22.

Sementara itu, pengusaha kedai serbaneka meramalkan perniagaan akan berkembang dengan kadar pertumbuhan 29.9% dalam tempoh yang sama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat