Jualan Runcit New Zealand Q4 Naik 0.8%

38

Jualan runcit di New Zealand naik 0.8% bagi tempoh suku ke-empat 2016 berbanding suku ke-tiga yang juga turut merekodkan 0.8%. Kenaikan kali ini di bawah jangkaan pasaran 1.0% dengan bacaan dari tahun ke tahun perlahan kepada 4.2% dari 5.1% sebelum itu.

11 daripada 15 sektor runcit mencatatkan kenaikan pada tempoh sama dengan kenaikan 1.9% dalam sektor kenderaan dan alat-gantian. Kejatuhan mendadak direkodkan dalam jualan sektor yang berdasarkan komisyen, susut 5.6% dari 5.2% sebelum ini. Terdapat juga kejatuhan yang signifikan dalam jualan pakaian dalam tempoh sama.

Dari tahun ke tahun, sektor yang mendapat kenaikan yang tertinggi ialah barangan elektrik dan elektronik dengan kenaikan 9.2%. Semua sektor merekodkan kenaikan sepanjang tahun dengan jualan pasaraya dan kedai runcit hanya naik 0.1%.

Tiada perubahan yang signifikan jika dilihat dalam tren beberapa suku-tahunan ini dan pertumbuhan jualan dijangka akan terus kukuh dalam jangka pendek.

Data kali ini juga tidak akan memberi kesan signifikan kepada polisi bank pusat New.Zealand (Reserve Bank of N.Zealand, RBNZ), dengan bank pusat akan terus menunggu bukti-bukti yang memberi tekanan kepada inflasi dalam ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat