Jualan Runcit, Tuntutan Pengangguran & Harga Import Amerika Syarikat Memberangsangkan

56

Jualan runcit (retail sales) Amerika Syarikat meningkat pada bulan ketiga berturut-turut pada November. Jualan runcit meningkat 0.8% bulan lalu menurut Jabatan Perdagangan AS lebih daripada jangkaan 0.3%. Manakala data pada bulan Oktober dikaji semula kepada 0.5% daripada 0.2%.

Peningkatan jualan runcit dari masa ke semasa berkait langsung kepada pengukuhan pertumbuhan ekonomi di mana kemerosotan jualan menunjukkan ekonomi yang perlahan.

Core retail-sales yang tidak mengambil kira jualan kereta melonjak 1.0% berbanding jangkaan 0.7%. Jualan teras ini dikaji semula kepada kenaikan 0.4% berbanding laporan awal 0.1%.

Jumlah Tuntutan Pengangguran

Jabatan Buruh AS melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas berkurangan jika dibandingkan dengan minggu sebelum itu. Hal ini menunjukkan pasaran buruh yang semakin baik.

Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 08 Disember berkurangan sebanyak 11,000 kepada 225,000.

Penganalisis menjangkakan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran meningkat sebanyak 237,000.

Minggu lalu juga adalah minggu ke-145 tuntutan pengangguran berada di bawah 300,000 yang mana menunjukkan kukuhnya pasaran pekerjaan Amerika Syarikat.

Harga Import Amerika Syarikat

Harga import AS melonjak pada November berikutan kenaikan kos import produk petroleum yang membawa kepada kenaikan tahunan terbesar dalam tempoh tujuh bulan.

Jabatan Buruh melaporkan lonjakan harga import sebanyak 0.7% bulan lalu selepas dikaji semula kepada penurunan 0.1% pada Oktober. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah kenaikan 0.7%.

Dalam tempoh 12 bulan sehingga November, harga import meningkat kepada 3.1% yang tertinggi sejak April berbanding Oktober yang hanya mencatat kenaikan 2.3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat