Jualan Runcit UK Catat Penguncupan Terbesar Pada Mac

656

Kesan daripada penutupan perniagaan berikutan perintah berkurung di UK sebagai usaha membendung penularan pandemik coronavirus, terus dapat dilihat pada bacaan jualan runcit bagi bulan Mac yang penguncupan terbesar yang pernah direkodkan.

Pejabat Perangkaan UK (ONS) melaporkan jualan runcit UK bagi bulan Mac menjunam 5.1% daripada penurunan 0.3% yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, tersasar daripada jangkaan pasaran untuk menyusut sebanyak 4.5%.

Menurut ONS, penjualan kedai pakaian mengalami kejatuhan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan bulan Februari, iaitu merosot sebanyak 34.8 %.

Sementara itu, kedai makanan dan peruncitan bukan kedai adalah satu-satunya sektor yang menunjukkan pertumbuhan, dengan kedai makanan menunjukkan pertumbuhanpaling kukuh pada 10.4%.

Dalam tempoh tiga bulan hingga Mac 2020, jumlah penjualan runcit telah merosot 1.6% berbanding dengan tiga bulan sebelumnya.

ONS berkata, jualan runcit menyaksikan penurunan bulanan terbesar mereka sejak rekod bermula lebih daripada 30 tahun yang lalu, disebabkan oleh kejatuhan dalam penjualan pakaian dan bahan bakar, tetapi diimbangi oleh penjualan makanan yang tinggi.

Selain itu, jualan dalam talian sebagai sebahagian daripada keseluruhan peruncitan pula mencapai paras tertinggi 22.3% berikutan pengguna beralih kepada pembelian dalam talian disebabkan perintah berkurung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat