Jualan Runcit UK Jatuh Melebihi Jangkaan Pada September

45

Jualan runcit UK merosot apabila data tersebut jatuh melebihi daripada jangkaan pada bulan September, kejatuhan ini menyebabkan tumpuan terhadap ekonomi UK semakin meningkat.

Jabatan Perangkaan Negara UK melaporkan jumlah jualan runcit jatuh sebanyak 0.8% pada bulan September berbanding pada bulan Ogos yang mencatat pengurangan sebanyak 0.9% setelah dikaji semula daripada bacaan asal iaitu 1.0%. Hal ini telah memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi, apabila pertumbuhan ekonomi suku tahun ketiga bertumbuh dengan perlahan sebanyak 1.5% setahun (y/y). Bacaan ini merupakan bacaan terendah sejak suku tahun kedua 2013.

Para penganalisis menjangkakan jualan runcit teras akan meningkat 0.1% pada bulan September.

Berdasarkan kiraan tahun (y/y) jualan runcit meningkat 1.2% pada bulan lepas berbanding jangkaan yang mensasarkan peningkatan 2.1%.

Jualan runcit teras, tidak termasuk jualan kenderaan dan minyak jatuh sebanyak 0.7% pada bulan September berbanding pada bulan Ogos yang mencatat peningkatan 0.9%.

Berdasarkan kiraan tahunan (y/y), jualan runcit teras meningkat 1.6% pada bulan September berbanding bulan Ogos menunjukkan kenaikan 2.6%.

Pada bulan lepas Bank of Englad (BoE) merencanakan untuk meningkatkan kadar faedah pada bulan-bulan akan datang jika ekonomi dan tekanan inflasi memenuhi jangkaan. Pemain pasaran menjangkakan BoE akan memberi kata putus pada mesyuarat 2 November ini.

Selepas data ini dikeluarkan, matawang GBP merekod kejatuhan sebanyak 45 pip berbanding U.S dolar. Matawang Euro juga merekod kejatuhan iaitu sebanyak 10 pip berbanding GBP setakat jam 5.30 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat