Jualan Runcit UK Naik 0.2% Pada November

30

Jualan runcit di UK meningkat 0.2% pada November berbanding bulan sebelum iaitu peningkatan 1.8% yang telah dikaji semula dari 1.9% yang dilaporkan sebelum ini. Peningkatan tahunan jatuh dari 7.2% kepada 5.9% yang sejajar dengan jangkaan pasaran.

Jualan meningkat sebanyak 0.5% pada bulan November dari peningkatan 2.0% sebelum ini yang melebihi jangkaan kenaikan 0.1 dengan peningkatan tahunan mencatatkan kenaikan yang semakin perlahan dari 7.5% kepada 6.6%.

Ada juga laporan mengatakan peningkatan ini adalah disebabkan jualan ‘Black Friday’ yang kukuh khususnya dalam jualan barangan elektronik.

Purata harga termasuk harga di stesyen minyak naik 0.1% berbanding November 2015. Peningkatan dalam bahagian ini banyak disumbangkan oleh harga minyak yang semakin tinggi.

Tren dalam jualan runcit ini akan terus diperhatikan dan diteliti tahun hadapan dengan potensi kenaikan pada permulaan tahun 2017. Peningkatan harga yang agak tinggi akan menyebabkan kebimbangan kepada Bank of England berikutan tekanan inflasi yang semakin kuat.

Keseluruhannya, pasaran memberikan reaksi yang begitu sedikit sejurus data ini dikeluarkan petang tadi kerana pasaran memberi tumpuan kepada penetapan kadar Bank of England sebentar tadi. Gbp/Usd dilihat berada di bawah paras harga 1.2550 semasa data dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat