Jualan Runcit Zon-Eropah Meningkat 0.1% Pada April

29

Jualan runcit Zon-Eropah meningkat sedikit pada April, yang juga merupakan kenaikan bulan keempat berturut-turut di mana pengguna menunjukkan perbelanjaan dalam komponen makanan dan minuman meningkat seperti yang dilaporkan pada Selasa.

Jualan runcit daripada 19 negara yang menggunakan euro meningkat 0.1% pada April yang rendah daripada jangkaan kenaikan 0.2%.

Dari tahun ke tahun, jumlah jualan runcit meningkat 2.5% lebih tinggi daripada ramalan pasaran dengan kenaikan 2.3% seperti yang dirunjukkan oleh tinjauan Reuters.

Peningkatan bulanan pada April diseimbangkan oleh kajian semula kepada data Mac yang hanya naik 0.2% berbanding data awal iaitu 0.3%.

Dari segi tahunan iaitu dalam tempoh 12 bulan sehingga April, jualan telah dikaji semula dengan meningkat kepada 2.5% dari 2.3% sebelum ini.

Walaupun ia telah dikaji semula kepada penurunan dan lebih rendah daripada jangkaan, sebenarnya ia adalah kenaikan keempat berturut-turut. Ia adalah satu isyarat bahawa pengguna tidak terkesan daripada infalsi yang tinggi di blok Eropah.

Jualan runcit komponen makanan, minuman dan rokok adalah paling banyak meningkat pada bulan April dengan 0.6% kenaikan dari bulan ke bulan.

Dalam kalangan ekonomi Zon Eropah, jualan merosot 0.2% di Jerman yang juga negara terbesar dari segi ekonomi, manakala Perancis jatuh 0.1% dan Spanyol meningkat 0.6%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat