Jumlah Dagangan DEX Di Ethereum Cecah Lebih $120 Bilion Dalam Masa Dua Bulan!

689

Lambakan pertukaran tidak berpusat (DEX) yang dikuasakan oleh Ethereum terus menunjukkan prestasi yang memberangsangkan walaupun kos transaksi semakin tinggi.

Bagi rekod semasa setakat ini sejak awal 2021, jumlah keseluruhan yang berjaya dicapai DEXes pada Januari mencecah $63 bilion dan Februari pula $59 bilion, menghampiri $67 bilion menjelang hujung bulan.

Rekod ini merupakan rekod tertinggi bagi dua bulan pertama 2021 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sektor DEX yang beroperasi di rangkaian Ethereum didominasi oleh Uniswap dan SushiSwap dengan jumlah dagangan bagi kedua-dua pertukaran itu sebanyak 65% bagi Februari. Untuk Uniswap sahaja, jumlah yang direkod dua kali ganda lebih tinggi berbanding Sushiswap. Ini bermakna Uniswap mengawal hampir 50% pasaran DEX.

Bagaimanapun, berdasarkan jumlah pelabur aktif secara mingguan di Uniswap mengungguli lebih tiga suku pengguna DEX Ethereum. Sejak daripada minggu lepas lagi, sebanyak 142,000 wallet unik telah didagangkan di Uniswap, diikut dengan 1inch sekitar 18,450 pelabur, dan SushiSwap denghan 8,911.

Pada masa yang sama, tidak semua aktiviti dagangan DEX berlaku di Ethereum dengan PancakeSwap di Binance Chain menyaksikan lonjakan dagangan harian lebih daripada $1.1 bilion.

Walapun kebanyakan pengguna mula beralih dari DEX di Ethereum, jumlah nilai terkunci dalam pertukaran ini masih berada di atas $40 bilion buat kali pertama, menunjukkan pengguna masih lagi ada keyakinan terhadap ekosistem itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat