Jumlah Pelantar Minyak Di US Bertambah Kali Ke-19 Minggu Berturut-Turut

204

Baker Hughes di Utara Amerika melaporkan jumlah pelantar bagi minggu berakhir 26 Mei meningkat kepada 908 dari 901 sebelum itu.

Jumlah pelantar minyak bertambah kepada 722 dari 720 sebelumnya dan meningkat buat kali ke-19 minggu berturut-turut. Jumlah pelantar kali ini adalah yang tertinggi sejak April 2015.

Minggu lalu harga minyak mentah global jatuh mendadak pada Khamis selepas perjanjian OPEC di mana jumlah pemotongan bekalan gagal meyakinkan pasaran. Pasaran mengharapkan jumlah pemotongan bekalan lebih dari sebelum ini yang mana OPEC mengekalkan 1.8 juta tong sehari dengan lanjutan sehingga sembilan bulan.

Disebabkan pasaran telah menjangka tindakan OPEC, ia gagal menguatkan harga minyak mentah global selepas saja ia diumumkan secara rasmi. Arab Saudi dan Rusia dua  minggu sebelum itu telah menyatakan sokongan lanjutan perjanjian sehingga sembilan bulan.

Sehingga ke hari ini, perjanjian ini tidak memberi banyak impak positif kepada pasaran komoditi hitam disebabkan jangkaan peningkatan bekalan dari Nigeria dan Libya, tidak lupa juga pengeluaran dari US.

Kini minyak Wti didagang di sekitar $49.67 setong manakala minyak Brent $54.31 setong tidak banyak berubah dari paras penutup harga Jumaat dengan  pasaran UK dan US hari ini ditutup berikutan cuti umum.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat