Jumlah Pengangguran di US Jatuh Minggu Lepas

50

Semalam 11 November, pukul 9.30, Jabatan Buruh US mengeluarkan data jumlah pengangguran pada tarikh berakhir 5 November. Jumlah ini menyusut sebanyak 11,000 kepada 254,000 dari jumlah 265,000 pada minggu sebelum. Jangkaan penganalisis adalah 267,000 menunjukkan data yang dikeluarkan semalam baik kepada pasaran buruh US.

Tuntutan atau permohonan insurans pengangguran berada di bawah 300,000 untuk 88 minggu berturut-turut, paling lama sejak tahun 1970.

Harus diingat data-data pekerjaan bagi negara seperti US adalah sangat penting untuk, bagi menentukan ekonomi US sedang berada dalam keadaan baik ataupun tidak. Sepertimana pemain pasaran memberi perhatian kepada data NFP (non-farm payroll) setiap bulan, data ini juga tidak kurang pentingnya kerana ia juga memberikan gambaran jumlah penduduk yang sedang menganggur.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang pertumbuhan ekonominya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan domestik. Bagi meningkatkan perbelanjaan domestik, pasaran buruhnya mestilah dalam keadaan optimum dengan kadar pengangguran di bawah 5%. Untuk rekod, kadar pengangguran US setakat ini ialah 4.90% jatuh dari 5.00% pada bulan September.

Sejurus data ini dikeluarkan, pasaran hanya memberi respon yang kecil dengan Indeks US dollar hanya naik 35 mata asas. Indeks hadapan S&P 500 naik 10.75 mata kepada 2171. Manakala pasaran minyak bagi penghantaran Disember jatuh 88 mata asas kepada $44.87.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat