Jumlah Tuntutan Faedah Pengangguran di U.S. Berkurangan

65

Semalam (17 November) Jabatan Buruh mengatakan 235,000 laporan pengangguran (Jobless claims) dicatatkan bagi minggu berakhir pada 12 November yang menunjukkan pengurangan sebanyak 19,000 berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 254,000.

Data pada hari ini merekodkan bacaan terendah sejak minggu yang berakhir pada 24 November 1973.

Jobless claims bermaksud jumlah penduduk yang pertama kali membuat permohonan insurans pengangguran. Ia juga dipanggil sebagai Unemployment claims.

Tuntutan atau permohonan faedah pengangguran berada di bawah 300,000 untuk 89 minggu berturut-turut yang paling lama sejak tahun 1970.

Individu yang akan terus menerima faedah pengangguran ini sejak 5 November lepas jatuh sebanyak 66,000 kepada 1.977 juta.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang pertumbuhan ekonominya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan domestik. Bagi meningkatkan perbelanjaan domestik, pasaran buruhnya mestilah dalam keadaan optimum. Untuk melihat keadaan optimum dalam pasaran buruh, kadar pengangguran haruslah berada di bawah dan tidak melebihi 5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat