Jumlah Tuntutan Pengangguran US Berkurangan Pada Minggu Berakhir 14 Januari

39

Jabatan Buruh US melaporkan pengurangan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) sebanyak 15,000 kepada 234,000 bagi minggu berakhir pada 14 Januari berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 249,000 tuntutan yang telah dikaji semula dari bacaan asal 247,000.

Data yang dikeluarkan ini lebih rendah dari jangkaan penganalisis sebanyak 252,000 jumlah tuntutan pengangguran.

Jobless claims bermaksud jumlah penduduk yang pertama kali membuat permohonan insurans pengangguran. Ia juga dipanggil sebagai Unemployment claims.

Tuntutan atau permohonan faedah pengangguran berada di bawah 300,000 untuk 98 minggu berturut-turut yang paling lama sejak tahun 1970. Jumlah penduduk yang terus menerima faedah pengangguran menyusut sebanyak 47,000 orang kepada 2.05 juta berbanding 2.087 juta sebelum ini.

Data kali ini adalah sejajar dengan peningkatan berterusan dalam pasaran buruh US.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang pertumbuhan ekonominya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan domestik. Bagi meningkatkan perbelanjaan domestik, pasaran buruhnya mestilah dalam keadaan optimum. Untuk melihat keadaan optimum dalam pasaran buruh, kadar pengangguran haruslah berada di bawah dan tidak melebihi 5%.

Harus diingat data-data pekerjaan bagi negara seperti US adalah sangat penting bagi menentukan ekonomi US sedang berada dalam keadaan baik ataupun tidak.

Sepertimana pemain pasaran memberi perhatian kepada data NFP (non-farm payroll) setiap bulan, data ini juga tidak kurang pentingnya kerana ia juga memberikan gambaran jumlah penduduk yang sedang menganggur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat