Jumlah Tuntutang Kurang Daripada Jangkaan! Adakah Ini Merupakan Penanda Yang Baik?

253

Jumlah tuntutan pengangguran mingguan pada minggu yang berakhir 4 Julai adalah lebih rendah daripada jangkaan berikutan para pekerja secara perlahan telah mula kembali berkerja.

Jumlah tuntutan pengangguran bagi minggu yang berakhir 4 Julai adalah berjumlah 1.314 juta berbanding jangkaan para pakar ekonomi iaitu sebanyak 1.39 juta. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja, jumlah tersebut menandakan penurunan sebanyak 99,000 berbanding minggu lalu.

Ini merupakan minggu ke-15 secara berturut-turut, tuntutan pengganguran awal berjumlah melebihi 1 juta. Jumlah tuntutan di bawah program bantuan pengangguran pandemik juga mencatat angka melebihi 1 juta iaitu 1.039 juta.

Ketua strategi pelaburan di Charles Schwab, Liz Ann Sonders berpendapat bahawa angka ini merupakan suatu yang postif namun prospek masa akan datang masih penuh dengan ketidakpastian.

Disisi lain, pembayaran gaji juga menunjukkan peningkatan. Kadar pengangguran telah jatuh daripada paras tertinggi 14.7% kepada 11.1%. Walaubagaimanapun, pasaran pekerjaan masih jauh daripada selesai dan para ahli ekonomi berpendapat pertambahan pekerjaan sebanyak 4.8 juta pada bulan jun merupakan angka yang tertinggi. Sektor penerbangan merupakan sektor yang paling terkesan, dijangka sebanyak 36,000 pekerja akan diberhentikan.

Anda mungkin juga berminat