Junaman Matawang Ini Seiring Data Akaun Semasa Yang Dicatat Suram

58

Kiwi jatuh sedikit dalam sesi Asia pada Rabu selepas data akaun semasa mencatat defisit yang lebih luas berbanding jangkaan awal. Tumpuan pasaran juga diberikan kepada mesyuarat lembaga bank pusat di Amerika Syarikat dan Jepun minggu hadapan.

Akaun semasa suku kedua New Zealand dicatat pada angka defisit sebanyak NZ$945 juta suku ke suku.

NZD/USD didagang tergelincir sebanyak 0.06%, manakala AUD/USD melonjak sebanyak 0.03. Dalam masa yang sama, USD/JPY merosot 0.06%.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 95.54.

Semalaman, US Dollar mencatat keuntungan berbanding matawang utama yang lain setelah pulih dari komen yang dikeluarkan oleh pegawai Fed mengenai sentimen kadar yang dijangka tidak akan dinaikkan sebelum akhir tahun.

 

Wall Street Sangatlah Obses Dengan Lelaki Ini Dan Anda Patut Tahu Siapakah Dia!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat