Junaman Pandelela Berlaku Pada Matawang Pound! Apa Kes Ni?

550

Matawang pound didagangkan rendah selepas mencatat kejatuhan harian terbesar dalam tempoh lebih satu tahun pada sesi sebelum ini, ditekan oleh dagangan US dolar yang kuat dan kebimbangan pasaran terhadap lonjakan harga gas.

Lonjakan harga gas di UK menjadi risiko terbaru buat dagangan matawang itu, yang disebabkan oleh kekurangan bekalan sekali gus mencetuskan kebimbangan pasaran terhadap kesannya kepada ekonomi.

Pada sesi Asia, pasangan matawang pound berbanding US dolar didagangkan di paras terendah sejak Januari setelah menjunam hampir 200 pips pada sesi dagangan New York.

Selain itu, matawang pound turut terkesan dengan pengukuhan dolar greenback yang mendapat sokongan dari kenaikan hasil bon AS 10 tahun yang tinggi ke paras 1.55%.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama meningkat ke paras tertinggi lebih 11 bulan pada 93.70.

Hasil bon telah meningkat sejak Federal Reserve (Fed) AS yang berubah menjadi hawkish pada mesyuarat polisi minggu lalu, memperkuatkan pandangan pasaran untuk pengetatan dasar yang lebih cepat dari dijangkakan.

Bagaimanapun, setelah melihat bacaan data keyakinan pengguna AS yang turun ke paras terendah 7 bulan, pasaran lebih berwaspada dalam meletakkan posisi untuk US dolar.

Sementara itu, pada persidangan Jawatankuasa Perbankan Senat, Pengerusi Jerome Powell mengatakan inflasi sekarang lebih membimbangkan berbanding yang dilihat pada awal tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat