Junaman Terbaru Mata wang Ruble Bakal Resahkan Putin

189

Kebimbangan terhadap sekatan minyak Rusia telah mendorong mata wang ruble menjunam ke paras terendah 7 bulan pada awal minggu.

Mata wang itu mencatat penurunan harian terbesarnya pada Isnin dengan merosot 3.3% untuk didagangkan pada sekitar harga 69.00 berbanding US dolar.

Ruble telah jatuh lebih 10% bulan ini yang didorong oleh kekhuatiran terhadap sekatan minyak dan had harga akan mengurangkan hasil eksport Rusia, sekali gus menjejaskan pendapatan negara.

Kejatuhan itu berlaku tatkala Presiden Vladimir Putin mengadakan lawatan ke Belarus yang mencetuskan kebimbangan bahawa ketegangan akan meningkat sekiranya bekas sekutu Sovietnya itu menyertai serangan darat baharu ke atas Ukraine.

Impak daripada perang itu bukan sahaja menjejaskan mata wang, tetapi juga memberi kesan kepada pasaran saham Rusia.

Walaupun hampir 10 bulan berlalu, pasaran ekuiti masih gagal meraih pemulihan sejak kejatuhan mendadak yang dialami ketika pencerobohan ke atas Ukraine bermula pada Februari.

Ini sekali gus menjadikan pasaran saham Rusia berprestasi paling teruk di dunia walaupun ekonomi sebahagiannya lebih berdaya tahan terhadap sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat