Junaman USD Belum Terhenti! Nak Turun Sampai Mana Ni?

1,372

Raja matawang USD memanjangkan penurunan lebih rendah pada sesi Eropah, menyentuh paras terendah sembilan hari berbanding kebanyakan matawang utama walaupun telah diperlihatkan dengan bacaan data inflasi AS yang tinggi.

US dolar sepatutnya meningkat lebih tinggi kerana data inflasi AS terus menunjukkan peningkatan dan minit mesyuarat FOMC yang meyakinkan pelabur bahawa pengurangan pembelian bon akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, matawang gergasi itu mempamerkan reaksi sebaliknya dengan menyusut lebih rendah, mengikuti kemerosotan yang dicatatkan hasil perbendaharaan AS 10 tahun.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diperdagangkan 0.2% lebih rendah berbanding pesaing utamanya, pada 93.80.

Dagangan matawang euro terus meningkat lebih tinggi susulan kelemahan US dolar, dengan didagangkan lebih kukuh pada 1.1610, jauh meninggalkan paras terendah 15 bulan yang disentuhnya sebelum ini.

Sementara matawang pound juga menguat di atas paras harga 1.37000 berikutan dagangan USD yang lemah, di samping turut disokong oleh jangkaan bahawa Bank Pusat England (BOE) akan menaikkan kadar faedah pada tahun ini.

Matawang berkaitan komoditi turut meraih keuntungan, di mana dolar Aussie melonjak menghampiri paras tertinggi satu bulan, dan dolar kiwi pula menokok mendekati tahap tertinggi tiga minggu berbanding dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat