Justin Bieber & Snoop Dogg Antara Selebriti Terpalit Isu Saman BAYC!

269

Beberapa selebriti popular di dunia telah disenaraikan dalam tuntutan mahkamah bersama syarikat teknologi blockchain, Yuga Labs Inc yang merupakan pengasas kepada koleksi non-fungible token (NFT) Bored Ape Yacht Club (BAYC).

Beberapa pelakon terkemuka, pemuzik dan atlet merupakan antara selebriti yang telah disaman di mahkamah persekutuan Los Angeles (LA) atas dakwaan mempromosikan Yuga Financial Product melalui kaedah mengelirukan.

Para pelabur dilaporkan telah mengalami sejumlah kerugian besar mengejutkan selepas membeli aset Yuga pada tahun 2021, ulas plaintif Adam Titcher dan Adonis Real.

Difahamkan bahawa Yuga telah memeterai perjanjian bersama Guy Oseary, pengurus hiburan dan pengasas syarikat Sound Ventures Oseary agar mereka mampu membuahkan pelbagai idea bagi menarik lagi pelanggan selebriti.

Namun pertuduhan tersebut terjadi apabila bintang terkenal seperti Justin Bieber, Post Malone, Snoop Dogg, the Weeknd dan Kevin Hart telah mempromosikan BAYC dan tawaran Yuga lain melalui syarikat teknologi kewangan, MoonPay.

Diperjelaskan lagi, jualan mereka telah memperoleh berbilion dolar ketika melangsungkan promosi yang mengelirukan berkaitan pelancaran keseluruhan ekosistem BAYC, namun pelabur pula menerima tempiasnya apabila membeli pelaburan yang rugi pada harga tinggi.

Antara 37 defendan yang didakwa adalah Oseary, Yuga Labs, MoonPay, co-founder Reddit Alexis Ohanian, artis NFT Beeple, Paris Hilton, Diplo, Future, Jimmy Fallon, Gwyneth Paltrow, DJ Khaled, dan Madonna.

Mereka dituduh menjana berbilion-bilion dolar melalui sokongan selebriti yang mengelirukan dan tidak mendaftarkan sekuriti bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat