Jutaan Ringgit Kena Scam Dengan Skim Kopi Pak Belalang?

4,241

Skim syarikat kopi buat peserta ‘berputih mata’

PERMATANG PAUH: Seramai 30 peserta skim pelaburan dengan sebuah syarikat pengeluar kopi membuat aduan polis di sini mendakwa kerugian berjuta ringgit hari ini.

Mereka mendakwa melabur dengan syarikat berkenaan sejak 2017 tetapi tidak mendapat sebarang pulangan seperti dijanjikan.

Wakil kumpulan berkenaan, Muhd Bajili Bakri, 34, ketika ditemui selepas membuat aduan di Balai Polis Seberang Jaya meminta pihak berkenaan tampil untuk melunaskan semua modal dan wang keuntungan dijanjikan kepada ahlinya.

“Di Pulau Pinang sahaja, lebih 30 ahli kerugian RM50 juta selepas melabur di dalam syarikat yang mana lesen ‘Multi Level Marketing’ (MLM) sudah dibatalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak 30 September 2015.

Seorang peserta, Salamah Samsudin, 57, mendakwa wang simpanan Tabung Haji berjumlah RM30,000 habis digunakan melabur menyebabkan beliau tidak dapat menunaikan ibadah itu.

Katanya, beliau mula menyertai program itu pada 2015 dan dijanjikan akan mendapat pulangan lumayan dengan cara pembelian produk yang dikeluarkan syarikat itu.

“Mereka berjanji bahawa sebahagian barangan yang dibeli boleh dijual malah mereka sendiri akan membantu menjualnya.

“Saya yakin dengan syarikat itu kerana mereka banyak menjadi penaja kepada program realiti televisyen,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Salamah berkata, terpengaruh dengan kejayaan syarikat itu, dia bersama seorang lagi rakan saya melabur RM100,000 dengan cara membeli barangan dikeluarkan syarikat.

“Sebahagian daripada barang dibeli itu diserahkan kepada mereka kembali dan syarikat berjanji mahu membantu kami untuk menjualnya malah akan memperoleh komisen yang lebih tinggi serta mendapat insentif tahunan,” katanya.

Namun sejak 2016, katanya, dia sudah tidak mendengar berita mengenai wang saya serta pulangan yang dijanjikan, daripada pihak syarikat.

“Saya sedih, saya tidak dapat berdepan dengan rakan saya yang melabur bersama saya, malah ada dalam kalangan ahli keluarga yang tidak mahu bercakap dengan saya kerana masalah ini,” katanya yang datang dari Melaka malam tadi untuk menyertai kumpulan itu membuat aduan polis.

Sumber : Bharian

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat