Jutawan Forex Berusia 23 Tahun Ini Dedahkan Rahsia Kejayaan

6,607

Ricky Andrade merupakan seorang pemuda yang berusia 23 tahun yang berasal dari California, Amerika Syarikat. Pada usia yang sangat muda, beliau telah memegang gelaran jutawan dalam forex trading.

Bukan itu sahaja! Andrade juga adalah pengasas kepada Market Masters Academy, iaitu sebuah akademi pembelajaran forex. Hebat bukan? Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia kejayaan beliau?

Oleh itu, mari kita teliti 3 tips kejayaan Ricky Andrade!

1. Amalkan Gaya Hidup Sihat

Pada peringkat awal kejayaanya dalam forex trading, Andrade banyak menghabiskan wangnya dengan menikmati hidangan mewah dan sering makan di luar. Akibat daripada pengambilan makanan yang tidak sihat, kesihatannya telah terjejas lalu menyebabkan beliau sering keletihan dan hilang daya fokus.

Oleh yang demikian, Andrade terpaksa mengupah seorang jurulatih untuk mengubah tabiat hidupnya dan mula mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sejak daripada itu, beliau sentiasa mengambil diet yang sihat serta menjalankan aktiviti senaman 4 kali seminggu.

Berdasarkan pengalamannya itu, beliau sangat menekankan agar forex trader sentiasa menjaga kesihatan mereka. Hal ini demikian kerana kesihatan yang baik merupakan kunci kepada kejayaan dalam forex trading. Cuba bayangkan, apakah yang akan terjadi jika anda trade forex dalam keadaan sakit? Adakah anda mampu menumpukan sepenuh perhatian?

Masih belum terlambat untuk anda mula amalkan gaya hidup yang sihat! Jom mulakan sekarang!

2. Menjadi Individu Produktif Sepanjang Masa

Jutawan muda ini sering menjadikan buku catatan sebagai teman rapatnya. Beliau akan menggunakannya untuk mencatat segala task yang perlu diselesaikan. Berdasarkan catatan yang dibuat, beliau mampu untuk menyusun jadual kerjanya mengikut keutamaan serta menjamin suasana kerja yang sistematik dan produktif.

Dalam forex trading, produktiviti merupakan salah satu aspek penting yang sangat ditekankan agar dapat menjamin keuntungan. Oleh itu, setiap forex trader perlulah peka akan isu ini serta menerapkan sifat produktif dalam diri masing-masing.

3. Seimbangkan Masa Bekerja Dan Masa Lapang

Menurut Andrade, masa bekerja yang terlalu lama juga boleh menjejaskan diri seseorang. Justeru itu, beliau memilih untuk membahagikan masanya dengan bijak.

Pembahagian masa yang dilakukan membolehkan Andrade mengimbangkan antara waktu bekerja dan masa lapang beliau. Hal ini demikian masa lapangnya akan digunakan untuk berehat dan melakukan aktiviti bersama isteri serta keluarga tercinta.

Meskipun anda perlu sentiasa peka dengan pasaran, tidak bermakna anda perlu meluangkan sepenuh masa di hadapan komputer atau telefon bimbit kerana minda dan tubuh anda juga perlu berehat! Jadi, bahagikan masa anda dengan bijak!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat