Jutawan Kripto Rusia Maut Nahas Helikopter Di Perancis!

630

Jutawan kripto Rusia Vyacheslav Taran, presiden kepada Libertex Group dan pengasas Forex Club yang berusia 53 tahun dilaporkan telah meninggal dunia pada 25 November susulan helikopter dinaikinya mengalami kemalangan mengejut di Perancis.

Laporan turut diterangkan bahawa Taran termasuk juruterbang helikopter tersebut meninggal dunia semasa mereka dalam perjalanan dari Lausanne ke Monaco, Switzerland.

Selepas Taran dilatih sebagai jurutera radio, beliau telah menubuhkan Forex Club, syarikat dagangan pertukaran asing di Rusia pada tahun 1997 dan menjadikannya sebagai salah satu syarikat terkemuka di negara tersebut.

Sungguhpun kejayaannya terhenti apabila Bank Pusat Rusia menutup perkhidmatannya pada 2018 atas kesalahan melakukan penyelewangan dalam pendaftaran, Forex Club tetap meneruskan operasinya di 100 negara lain.

Sementara itu, Libertex berfungsi sebagai penawaran produk kewangan, perdagangan mata wang kripto, aplikasi yang membolehkan mining kripto serta penaja kelab bola sepak Bayern Munich.

Difahamkan juga bahawa Taran bukan sahaja berhubung denga beberapa syarikat pelaburan dan hartanah, malah merupakan pengasas yayasan amal Change One Life.

Secara rekod, Taran adalah antara eksekutif kripto ketiga yang telah meninggal dunia secara mengejut manakala co-founder Amber Group, Tiantian Kullander (TT) terkorban pada 23 November termasuk Nikolai Mushegian, co-founder MarkerDAO meninggal pada 28 Oktober.

Namun, kemalangan helikopter yang meragut nyawa Taran kini berada dalam siasatan ekoran keadaan cuaca pada hari itu bukan sahaja baik malah mempunyai juruterbang berpengalaman, tetapi persoalannya bagaimana insiden tersebut boleh tercetus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat