Kadar Faedah ‘Bank of England’ Berkemungkinan Dinaikkan – Broadbent

77

Dalam ucapan pada Khamis, ahli Majlis Polisi Monetari Bank of England (BoE), Broadbent menyatakan terdapat kemungkinan di mana kadar faedah dinaikkan di United Kingdom.

“Ia kemungkinan terjadi kadar faedah akan dinaikkan. Ia berkemungkinan. Ramalan kami adalah disebabkan kenaikan inflasi lebih dari jangkaan,” kata Broadbent dalam ucapan di Imperial College London.

Beliau juga mengatakan perbelanjaan pengguna di UK begitu positif di mana ia agak mengejutkan, dan hal ini tidak memberi sedikit pun sokongan kepada nilai GBP.

Tetapi Broadbent juga mengatakan, terdapat kebimbangan kepada prospek ekonomi Britain yang melemahkan jangkaan ekonomi di masa hadapan.

Beliau mengatakan tentang potensi kemasukan pelaburan disebabkan ketaktentuan pasaran forex yang menjadi faktor menghalang pelabur yang berkemungkinan akan melabur ke UK disebabkan nilai Sterling yang lebih menarik.

Matawang Gbp menguat selepas komen beliau dengan Gbp/Usd masih lagi menguat ketika ini dan didagang di atas paras 1.2500.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat