Kadar Faedah RBA Kekal Di Paras 1.50%, Ekonomi Dijangka Berkembang Di Masa Hadapan

347

Reserve Bank of Australia (RBA) telah memutuskan untuk tidak mengubah kadar faedah dan mengekalkannya pada kadar 1.5% pada bulan Februari.

Menurut kenyataan RBA, paras kadar faedah yang rendah mampu untuk mendukung ekonomi Australia. Pengekalan kadar faedah dapat mendorong pertumbuhan ekonomi dan mampu untk mencapai sasaran inflasi.

Tumpuan diberikan kepada pengurangan kadar pengangguran dan pencapaian kadar inflasi seperti yang disasarkan.

Bank menjangkakan kemungkinan kadar faedah akan ditingkatkan pada masa akan datang namun dengan kadar perlahan. Inflasi pula dijangka akan berada di paras yang rendah buat seketika berikutan pertumbuhan yang perlahan dalam kos buruh dan persaingan antara syarikat runcit.

Pakar ekonomi menjangkakan kadar inflasi CPI akan berada pada paras melebih 2% pada tahun 2018. Kadar pertumbuhan GDP pula dijangka akan meningkat melebihi 3% dalam beberapa tahun akan datang.

Kondisi perniagaan dilihat positif dan pelaburan perniagaan bukan galian juga telah mencatat peningkatan. Selain itu,  pelaburan infrastruktur awam  telah mendorong pertumbuhan ekonomi.

Buat masa ini, penggunaan isirumah masih lagi berada dalam keadaan tidak pasti. Hal ini adalah disebabkan pertumbuhan perlahan dalam pendapatan isirumah dan kadar hutang yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat