Kadar Gaji Zon Eropah Melonjak Menambah Potensi Tapering

52

Kadar gaji meningkat lebih pantas dalam jangka masa dua tahun pada suku kedua tahun ini seperti yang ditunjukkan dalam data yang dikeluarkan pada Jumaat. Hal ini meningkatkan lagi peluang bagi European Central Bank (ECB) untuk mengurangkan rangsangan ekonomi mereka.

Kos buruh per jam meningkat 1.8% dalam tempoh April hingga Jun dari 1.4% pada suku pertama. Bacaan ini adalah yang tertinggi sejak suku pertama 2016.

Kadar gaji dari tahun ke tahun naik 2.0% pada suku kedua dari 1.3% pada suku pertama yang tertinggi sejak 2015.

Harga pengguna (CPI) yang lemah pula terus menjadi masalah kepada ECB. Kadar inflasi berada di bawah sasaran 2% untuk tempoh empat tahun walaupun rangsangan ekonomi luar biasa telah dijalankan. Kadar inflasi semasa adalah 1.5% seperti yang direkod pada Ogos.

ECB ketika ini dijangka akan mengurangkan rangsangan dan keputusan tentang tapering akan dibuat pada Oktober. Bank pusat juga telah mengatakan perlunya bersabar dalam usaha meningkatkan inflasi.

Bert Colijn penganalisis ekonomi ING berkata data yang telah disesuaikan mengikut musim menunjukkan pertumbuhan gaji naik kepada 1.8% daripada 1.6% sebelum ini. Ia bukanlah lonjakan yang besar tetapi menunjukkan ekonomi yang berkembang seterusnya akan menolak harga ke atas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat