Kadar Inflasi A.S Catat Peningkatan Pada Bulan November Mendorong Pengukuhan US Dolar

405

Matawang US dolar mengukuh pada hari ini berbanding matawang lain susulan data yang dikeluarkan adalah positif.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari Rabu, menunjukkan harga pengguna A.S mencatat peningkatan positif pada bulan November. Ditambah pula dengan pasaran buruh yang kukuh maka hal ini akan menyokong tindakan the Fed untuk tidak mengurangkan kadar faedah dalam jangka masa terdekat ini. Sebelum ini, Bank Pusat A.S telah dijangka akan menangguhkan peningkatan kadar faedah dimana pihak berwajib telah memberi isyarat sejak bulan Oktober.

Menurut Ketua Ekonomi MUFG di New York, Chris Rupkey, “pasaran tidak perlu bimbangkan berlakunya deflasi dalam ekonomi dan pegawai the Fed juga tidak mempunyai alasan yang kuat untuk mengurangkan kadar faedah lagi bagi meningkatkan permintaan ekonomi”.

Indeks harga pengguna (kadar inflasi) meningkat 0.3% pada bulan November manakala kadar inflasi tahunan AS meningkat kepada 2.1% pada bulan November 2019 daripada 1.8% pada bulan sebelumnya dan melebihi jangkaan pasaran 2.0%.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuhsebanyak 0.03% pada paras 97.405 setakat jam 11.55 p.m.

Disisi lain, matawang pound masih mencatat pengukuhan berbanding US dolar iatu pada paras 1.3182.

Tinjauan terkini undian YouGov menunjukkan Parti Konservatif masih menjadi pilihan walaupun bilangan undian semakin mengecil. Parti Konservatif masih mendahului 28 mata dengan 339 kerusi, menurun daripada 68 mata pada dua minggu sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat