Kadar Inflasi Amerika Syarikat Catat Peningkatan, Dolar AS Gagal Beri Reaksi

318

Harga pengguna Amerika Syarikat mencatat peningkatan untuk bulan ketiga pada bulan Ogos. Bacaan ini memberikan tanda-tanda bahawa inflasi semakin meningkat seiring dengan pemulihan ekonomi dari pandemik Covid-19.

Indeks Harga Pengguna (CPI) naik 0.4% berbanding bulan sebelumnnya dan meneruskan peningkatan yang dicapai pada bulan Julai iaitu 0.6%. Bacaan pada bulan Ogos juga mengatasi jangkaan pakar ekonomi yang mensasarkan 0.3% peningkatan.

Indeks CPI teras yang dijadikan kayu ukur indikasi meningkat 0.4% berbanding bulan sebelumnya didorong oleh harga kereta terpakai setelah lonjakan 0.6% iaitu lonjakan terbesar hampir tiga dekad. Pada asas tahunan, inflasi teras meningkat kepada 1.7%.

Sebelum ini para penggubal dasar telah menandatangani strategi yang bertujuan untuk mendorong pertumbuhan inflasi dengan lebih cepat bagi menyokong ekonomi dan pasaran buruh secara meluas.

Bank pusat menetapkan perubahan pada sasaran inflasi yang memberikan lebih banyak fleksibiliti dan membolehkan Fed mengekalkan kadar faedah lebih rendah untuk jangka masa panjang bagi merangsang pertumbuhan untuk membantu mengatasi pengangguran.

Laporan CPI terkini menujukkan satu perkembangan positif. Indek US dolar menunjukkan pengukuhan susulan laporan ini dikeluarkan namun masih bawah paras rendah dengan mencatat paras bacaan 93.255 setakat 10.20 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat