Kadar Inflasi Kanada Kekal Stabil Pada Bulan Disember!

176

Kadar inflasi tahunan Kanada dilaporkan kekal stabil pada bulan Disember pada kadar 2.2% berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik pada hari Rabu berikutan disokong oleh peningkatan harga dalam sektor tenaga yang lebih tinggi namun terbatas disebabkan penurunan harga dalam makanan dan kereta.

Laporan ini selari dengan jangkaan para penganalisis Reuter yang menjangkakan kadar inflasi tahun kekal stabil. Harga tenaga naik 5.5% lebih tinggi pada bulan Disember berbanding bulan yang sama tahun lalu, dan naik 1.5% berbanding bulan sebelumnya.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jabatan Statistik, pada tahun 2019, inflasi pengguna secara purata mencatat peningkatan sebanyak 1.9%, dan bacaan ini turun dari 2.3% yang dikecapi pada 2018. Kos faedah gadai janji yang lebih tinggi telah mendorong inflasi 2019, meningkat 7.6%, manakala harga petrol mengimbangi peningkatan berikutan penurunan sebanyak 6.1%. Harga sayuran segar melonjak 12.7% tahun lepas.

Pada hari yang sama Bank Pusat Kanada dijangka akan mengumumkan kadar dasar semalaman , dimana sebelum ini ia ditetapkan stabil pada kadar yang sama sejak Oktober 2018 walaupun rakan negara lain telah mengurangkannya.

Bank Pusat Kanada mensasarkan kadar inflasi pada kadar 2%. Pemain pasaran menjangkakan bank pusat akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada hari Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat