Kadar Inflasi Malaysia Merosot 4 Bulan Berturut-Turut

532

Kadar inflasi di Malaysia bagi bulan Jun 2020 susut 1.9% akibat penurunan komponen pengangkutan ekoran kejatuhan harga minyak.

Menurut Ketua Statistik Jabatan Perangkaan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini, komponen pengangkutan menurun sebanyak 14.3%.

Ujar Mohd. Uzir, penurunan keseluruhan Indeks Harga Pengguna (IHP) didorong oleh penurunan dari segi pengangkutan, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan bakar lain (-2.6%), pakaian dan kasut (-1.1%), peralatan rumah dan penyelenggaraan isi rumah secara rutin (-0.2%) yang menyumbang kepada 45.7% daripada keseluruhan wajaran IHP.

IHP tanpa bahan bakar berada pada kadar positif 0.2% pada bulan lalu berbanding 0.1% pada Mei lalu.

Bagi suku kedua tahun ini, IHP merosot sebanyak 2.6 peratus kepada 118.2 berbanding 121.3 pada suku yang sama untuk tahun sebelumnya.

IHP terus mencatatkan penurunan untuk bulan keempat berturut-turut pada tahun ini. April lalu, IHP merekodkan penurunan paling teruk sejak 2010 iaitu sebanyak 2.9 peratus.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat