Kadar Inflasi Malaysia Naik 2.2% pada Mac 2022

2,836

‘Biasanya bila benda naik ni kita suka, tapi kali ni punya naik tak ok lah matt.’

Indeks harga pengguna (CPI) Malaysia menyaksikan peningkatan sebanyak 2.2% kepada 125.6 berbanding 122.9 yang dicatat pada Mac 2021.

Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 22 April 2022, seterusnya menandakan bahawa kadar purata inflasi telah meningkat 2.2% bagi tempoh Januari 2011 hingga Mac 2022 melepasi paras 1.9%.

Menerusi kenyataan Ketua Ahli Perangkaan, Datuk Dr Mohd Uzir Mahidin, antara penyumbang utama kepada peningkatan tersebut adalah disebabkan lonjakan 4% tahun ke tahun bagi kumpulan makanan dan minuman tidak beralkohol.

Terangnya, kumpulan makanan terus menjadi penyumbang utama kepada inflasi dan lonjakan tersebut adalah disebabkan peningkatan komponen makanan rumah sebanyak 4.3% berbading 4.1% pada bulan lalu.

Tambahnya, sub-kumpulan makanan seperti daging juga berterusan menjadi penyumbang kenaikan inflasi makanan sebanyak 7.6% pada Mac 2020, di mana ayam meningkat 10.5% sementara daging lembu mencanak 4.3%.

Antara kumpulan lain pula adalah seperti beritkut:

  • Kumpulan perabot, perkakasan rumah dan penyelenggaraan rumah catat 3%.
  • Kumpulan restoran dan hotel catat 2.0%.
  • Kumpulan pengangkutan catat 2.6%.
  • Kumpulan kepelbagaian barang dan perkhidmatan naik 1.9%.
  • Kumpulan perkhidmatan reaksi dan kebudayaan tambah 1.1%.
  • Kumpulan perumahan (air, eletrik dan bahan api lain) dan pendidikan canak 0.9%.
  • Kumpulan kesihatan lonjak 0.2%.

Sementara itu, asas bulanan CPI Mac 2022 mencanak 0.3% ekoran pertumbuhan pada kumpulan pengangkutan pada 1.1% dan kumpulan kepelbagaian barang serta perkhidmatan pada 0.6%.

Teras inflasi pula memperlihatkan lonjakan sebanyak 2% tahun ke tahun pada Mac 2022 dengan indeks pengangkutan merekodkan peratusan terbesar sebanyak 3.9%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat