Kadar Inflasi New Zealand Pada Suku Keempat Tahun 2017 Sedikit Mengecewakan

287

Jabatan Perangkaan New Zealand (StatsNZ) telah mengeluarkan data inflasi, indeks harga pengguna (CPI) yang sedikit mengecewakan. Bacaan CPI mencatat peningkatan sebanyak 0.1% bagi suku tahun terakhir 2017.

Penganalisis menjangkakan kadar inflasi akan meningkat sebanyak 0.4%. Dalam masa yang sama, baacan ini suku tahun keempat 2017 jatuh daripada bacaan suku sebelumnya iaitu daripada 0.5%.

Menurut kenyataan StatsNZ, harga minyak, harga tiket penerbangan dan kos rumah yang mahal dibatasi dengan harga sayuran, kereta baru dan barangan isi rumah yang rendah.

Harga minyak petrol meningkat 6.1%, manakala harga tiket penerbangan naik 11% pada suku tahun keempat.

Selain itu turut menyumbang kepada peningkatan inflasi adalah kos perumahan. Harga pembinaan naik 1.3%. Kos sewa juga meningkat tetapi sebanyak 0.2% sahaja.

NZD didagangkan rendah selepas laporan ini dikeluarkan dan kini telah meningkat semula ke paras 0.7379 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat