Kadar Inflasi UK Catat Penurunan, Terkesan Oleh Kejatuhan Harga Bahan Bakar

962

Pembukaan sesi pasaran Eropah hari ini dihiasi oleh penerbitan data ekonomi UK yang menyaksikan kejatuhan dalam pertumbuhan kadar inflasi pada bulan Mac.

Jabatan Statistik Negara (ONS) melaporkan indeks inflasi tahunan UK menepati jangkaan pasaran untuk meningkat 1.5% pada Mac, namun menyusut dari bacaan yang dicatatkan pada bulan lalu sebanyak 1.7%.

Bacaan inflasi teras (tidak termasuk makanan dan barangan tenaga) juga menepati unjuran pasaran dengan mencatat pertumbuhan sebanyak 1.6% secara tahunan berbanding 1.7% yang dicatatkan pada Februari.

Secara bulanan, harga pengguna dilihat tidak berubah sejajar dengan unjuran pasaran, setelah mengalami peningkatan sebanyak 0.4% pada bulan Februari.

Menurut ONS, antara pendorong utama yang memacu penurunan ini adalah disebabkan oleh kemerosotan dalam harga bahan bakar dan pakaian, sementara harga makanan pula mencatat sedikit peningkatan.

Penuntupan aktiviti ekonomi berikutan arahan sekatan oleh kerajaan di negara itu telah menjejaskan prospek terhadap inflasi.

Pembuat dasar Bank of England (BoE), Silvana Tenreyro pada minggu lalu memberitahu bahawa agak sukar untuk menafsirkan data inflasi semasa berikutan krisis yang melanda telah mengubah corak perbelanjaan dan pengumpulan harga juga menjadi sukar.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan kadar inflasi mungkin akan jatuh ke bawah paras 1% dalam tempoh beberapa bulan akan datang, iaitu kurang separuh daripada sasaran bank pusat untuk meningkat 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat