Kadar Inflasi UK Meningkat, Hutang Kerajaan Pula Paling Tinggi Sejak 1960

416

Kadar inflasi UK meningkat dari tahap terendah lima tahun pada September melebihi jangkaan pasaran, di mana pengangkutan dan restoran menjadi faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan ini.

Data yang diterbitkan Pejabat Statistik Negara (ONS) menunjukkan indeks harga pengguna (CPI) meningkat 0.5% pada September daripada 0.2% yang dicatatkan bulan sebelumnya, dan lebih baik dari jangkaan untuk kenaikan 0.4%.

Sementara kadar inflasi teras (tidak termasuk harga tenaga dan makanan) pula dilaporkan meningkat 1.3%.

Walaupun meningkat, dengan lonjakan semula kes coronavirus sehingga mendorong sekatan baru dilaksanakan, UK dijangka akan menghadapi tekanan lebih mendalam selain turut ditekan oleh risiko no-deal Brexit.

Sementara itu, pinjaman kerajaan Britain dilaporkan meningkat lebih tinggi pada September, di mana angka baru yang dikeluarkan menunjukkan pinjaman bersih sektor awam mencecah £ 36.1 bilion.

Pinjaman awam UK dijangka mencapai rekod £ 372 bilion pada tahun kewangan ini, menurut ramalan pada bulan Ogos dari Office for Budget Responsibility, setara dengan 18.9% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), yang paling banyak sejak Perang Dunia Kedua.

Angka yang diterbitkan hari ini juga menunjukkan bahawa hutang kerajaan meningkat lebih tinggi kepada £ 2.060 trilion atau 103.5% daripada KDNK, iaitu yang tertinggi sejak tahun 1960.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat