Kadar Inflasi Zon Eropah Melonjak Naik Pada Bulan Disember!

208

Inflasi zon Eropah melonjak naik pada bulan lepas seperti yang telah dijangka. Data yang dikeluarkan ini menawarkan sedikit kelegaan sementara bagi pembuat dasar Bank Pusat Eropah kerana terdapat jangkaan bahawa peningkatan harga akan jatuh semula.

Jabatan statistik Eropah melaporkan pada hari Selasa bahawa inflasi zon Eropah meningkat kepada 1.3% seperti yang diramal pada bulan Disember, bacaan ini naik daripada 1.0% yang dikecapi pada bulan sebelumnya. Peningkatan kadar inflasi adalah didorong oleh lonjakan harga tenaga dan produk makanan.

Dengan inflasi yang masih bertumbuh dibawah paras sasaran iaitu 2%, ECB telah menyediakan rangsangan monetari bagi menjana peningkatan harga dalam ekonomi agar secara tidak langsung menjana kembali pertumbuhan ekonomi zon Eropah.

Disisi lain, Eurostat turut mengeluarkan data bahawa jualan runcit di zon Eropah meningkat 1% pada bulan November, pulih daripada penurunan 0.3% pada bulan Oktober dan mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 0.6%.

Walaubagaimanapun, ECB menjangka bahawa kadar inflasi berkemungkinan akan turun semula kepada paras 1% dalam tempoh 6 bulan sebelum meningkat semula.

Para penggubal polisi akan bertemu pada 23 Januari dan dijangka akan mengeluarkan ulasan polisi mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat