Kadar IPO Global 2Q22 Susut 46% Dengan Penawaran Mengecut 58%

183

‘Ekonomi lemah buatkan ramai takut nak beli saham, jadinya banyak syarikat bertindak tangguh penyenaraian.

Menyingkap suku ke-2 2022 (2Q22) penyenaraian tawaran awam permula (IPO) seluruh dunia bergerak perlahan sehingga menjejaskan urus niaga dan hasil.

Perkara ini dibentangkan EY Initial Public Offering Services (EY) dengan menyatakan isu geopolitik, faktor makroekonomi, kemerosotan penilaian dan prestasi harga saham pasca IPO menyebabkan penangguhan penyenaraian.

Mengulas lebih lanjut, kelembapan dramatik dalam aktiviti IPO pada tahun sehingga kini (YTD) 2022 dialami kebanyakan pasaran utama.

Melihat kepada data yang dikeluarkan untuk 2Q22, pasaran IPO global mempamerkan 305 urus niaga berjumlah $40.6 bilion dalam hasil namun ia menurun sebanyak 54% dan 65% tahun ke tahun.

Bagi YTD 2022 pula, sejumlah 630 IPO mengumpul $95.4 bilion iaitu menurun 46% dan 58% tahun ke tahun.

Selain itu, 10 IPO terbesar pula mengumpul $40 bilion dengan sektor tenaga mendahului 3 daripada 4 penawaran teratas, menggantikan sektor teknologi yang selama ini mendominasi.

Bercakap mengenai sektor teknologi, purata saiz IPO industri tersebut dilihat menurun daripada $293 juta kepada $137 juta.

Di sisi berbeza, sektor tenaga meningkat dari $191 juta kepada $680 juta tahun ke tahun.

Dalam pada itu, EY turut mengesahkan bahawa IPO syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC) menurun berbanding IPO tradisional walaupun pasaran baru menyertainya.

Diperincikan bahawa ketidaktentuan peraturan dan peningkatan penebusan telah memberi cabaran kepada SPAC yang majoritinya menghadapi potensi tamat tempoh pada tahun ini.

Sungguhpun begitu, prestasi pasaran dan kejelasan kawal selia boleh menjadi pemacu aliran urus niaga pada masa hadapan.

Satu berita baik yang di sebalik ini adalah prestasi pasaran Asia-Pasifik dikatakan lebih baik oleh EY, memandangkan ia terima manfaat daripada 2 IPO global terbesar YTD.

Pasaran Asia-Pasifik mengakhiri suku dengan penurunan 42% dalam hasil sementara tawaran hanya jatuh 37%.

Ia menyaksikan 181 IPO mengumpul $23.3 bilion pada 2Q22 dan 367 IPO mencapai $66 bilion bagi YTD 2022.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat