Kadar Pendapatan Pekerja UK Meningkat Pada Bulan Oktober

70

Kadar pengangguran UK tidak berubah dan berada di paras terendah 42 tahun lalu. Kadar bacaan ini tersasar daripada jangkaan, namun inflasi pendapatan (upah) meningkat berdasarkan data yang dikeluarkan pada hari Rabu.

Berdasarkan Jabatan Perangkaan UK yang melaporkan bahawa kadar pengangguran kekal stabil pada bacaan 4.3% pada bulan Oktober berbanding jangkaan yang mensasarkan jatuh kepada 4.2%.

Bilangan tuntutan pengangguran meningkat sebanyak 5,900 pada bulan November berbanding jangkaan yang hanya menjangkakan peningkatan tuntunan penangganguran sebanyak 3,200.

Dalam masa yang sama, Indeks pendapatan purata (average earnings index) termasuk bonus, meningkat sebanyak 2.5% pada bulan Oktober. Bacaan bulan September dikaji ulang, naik 2.3% .

Manakala tanpa mengambil kiraan bonus, kadar upah naik 2.3% dalam tempoh 3 bulan yang berakhir pada bulan Oktober berbanding jangkaan yang mensasarkan 2.2% peningkatan.

Terkini, GBP/USD didagangkan pada 1.3348, mengukuh 0.23%. EUR/GBP menyusut 0.17% kepada 0.8802.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat