Kadar Pengangguran A.S Adalah Lebih Tinggi Daripada Yang Dilaporkan Sebelum Ini?

376

Pada hari Jumaat ini, laporan data pengangguran rasmi Amerika Syarikat bagi bulan April akan dikeluarkan. Pakar ekonomi di Federal Reserve Bank of Chicago telah membuat jangkaan bahawa lebih dari 20 juta orang akan kehilangan pekerjaan.

Satu ukuran yang disebutkan sebagai ukuran “U-Cov” telah digunakan oleh pakar ekonomi tersebut bagi mengukur kadar pengangguran. Ukuran yang dikeluarkan ini dipercayai dapat memberi maklumat tahap sebenar kerugian dalam pasaran buruh. Anggaran mereka, kadar ‘U-Cov’ pada bulan April ialah antara 25.1% dan 34.6%.

Menurut ahli ekonomi Chicago Fed, Jason Faberman dan Aastha Rajan dalam sebuah makalah yang dikeluarkan pada hari Selasa, “kadar pengangguran rasmi hanya dapat mengukur sebahagian kecil kerugian dalam pasaran buruh.

Lanjut mereka, ukuran pengangguran tradisional A.S hanya mencakup pengiraan bagi mereka yang tidak bekerja dan aktif mencari pekerjaan namun tidak mengambil kira mereka yang baru sahaja kehilangan pekerjaan.

Pengiraan oleh Jabatan Tenaga Buruh AS juga tidak memasukkan mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji atau mahupun mereka yang tidak mencari pekerjaan disebabkan perintah berkurung.

Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan ramai pekerja terpaksa berhadapan dengan pengangguran dan juga menyukarkan orang ramai untuk mencari pekerjaan. Bukti menunjukkan bahawa mereka yang telah kehilangan pekerjaan telah mencapai puluhan juta namun dalam masa yang sama ramai individu juga sukar secara aktif untuk mencari pekerjaan dan ia juga patut diklasifikasikan sebagai pengangganguran.

Dalam kajian, mereka mendapati bahawa ukuran U-Cov yang paling tinggi pernah dicatat adalah pada kadar 20% iaitu semasa Great Recession iaitu 2 kali ganda kadar pengangguran yang dicatat berdasarkan kadar ukuran tradisional.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat