Kadar Pengangguran AS Terendah 20 Bulan? Ini Ramalan Untuk NFP

982

Sektor pekerjaan Amerika Syarika dijangka bertambah kukuh pada bulan November, seiring dengan pemulihan semasa dalam ekonomi di negara itu.

Data oleh Jabatan Buruh bakal diteliti oleh pelabur, di mana ia diramal akan menunjukkan pertambahan sebanyak 553,000 pekerjaan pada bulan lepas daripada 531,000 yang dicatatkan sebelumnya.

Sementara kadar pengangguran pula diunjurkan jatuh ke tahap terendah 20 bulan kepada 4.5% dan pertumbuhan upah juga berterusan meningkat.

Antara faktor yang menguatkan jangkaan bahawa laporan NFP akan meningkat adalah susulan data pekerjaan ADP sektor swasta AS yang lebih kukuh daripada dijangkakan walaupun sedikit merosot dari bacaan sebelumnya.

Sementara data tuntutan pengangguran pula terus memaparkan bacaan positif pada minggu lepas walaupun sedikit meningkat dari bacaan sebelumnya. Namun, purata pergerakan 4 minggu menunjukkan jumlah tuntutan jatuh ke paras terendah sejak Mac 2020.

Tuntutan pengangguran juga turun di bawah 2 juta buat kali pertama sejak pandemik bermula. Pemberhentian pekerjaan berada pada tahap terendah dalam tempoh 28 tahun dengan majikan bergelut untuk mencari pekerja.

Pasaran buruh yang meningkat adalah salah satu sebab utama mengapa Federal Reserve (Fed) bimbang tentang inflasi kerana permintaan upah yang lebih tinggi boleh mencetuskan inflasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat