Kadar Pengangguran New Zealand Mencapai Paras Terendah Dalam 1 Dekad

421

Kadar pengangguran New Zealand jatuh kepada paras terendah 9 tahun lalu pada sukuan pertama dan terdapat tanda-tanda bahawa kelembapan pertumbuhan upah akan meningkat.

Kadar pengangguran jatuh 4.4 peratus daripada 4.5 peratus pada sukuan pertama. Bacaan ini merupakan bacaan terendah sejak akhir sukuan 2008 dan selari dengan jangkaan pakar ekonomi. Kadar pekerjaan meningkat sebanyak 0.6% dan yang kadar mengambil bahagian jatuh kepada 70.8%.

Kadar pengangguran yang rendah dan kejatuhan imigrasi dapat meningkatkan kadar upah dan seterusnya menjana tekanan harga. Inflasi masih lagi berada dibawah paras sasaran dan Reserve Bank memberi tanda bahawa ia dilihat tidak akan ditingkatkan sehingga pertengahan 2019.

Kerajaan pada bulan lepas menambah objektif baru kepada bank pusat bagi mendorong kelangsungan pekerjaan disamping kestabilan harga.

Menurut ketua ekonomi di ASB, ” Pasaran buruh yang ketat setakat ini dilihat memerlukan sedikit rangsangan bagi mencapai objektif pekerjaan”.

Matawang NZD menyusut sedikit selepas keluar laporan dan kini telah mengukuh sedikit sebanyak 0.01%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat