Kadar Pengangguran UK Berkurangan Ke Paras Terendah 42-Tahun Lalu

82

Kadar pengangguran di UK semakin baik dengan data berkurangan dari 4.6% kepada 4.5% pada Mei berbanding pasaran yang menjangka kadar tersebut tidak berubah dari 4.6%. Bacaan terbaru ini merupakan yang terendah sejak tahun 1975.

Pekerjaan meningkat kepada 175,000 dalam jangka masa tiga bulan sehingga Mei dan 324,000 sepanjang tahun ini. Claimant count iaitu tuntutan faedah pengangguran hanya meningkat 6,000 pada Mei berbanding sebelum ini 7,500 dan jangkaan pasaran sebanyak 10,000.

Fokus utama bagi data pekerjaan UK ini ialah data purata pendapatan yang merekod kenaikan 1.8% sejajar dengan jangkaan.

Secara keseluruhan, data hari ini mampu meningkatkan keyakinan bahawa kadar kenaikan pendatan semakin meningkat di samping keadaan pasaran pekerjaan yang semakin ketat. Secara teori, pasaran pekerjaan yang semakin baik dengan kadar pengangguran yang semakin rendah akan menolak pendapatan ke atas.

Bank of England (BoE) pula dilihat akan melihat data-data tambahan sebelum benar-benar yakin kepada pertumbuhan semasa. Hal ini berikutan aktiviti ekonomi yang semakin perlahan dan data perbelanjaan pengguna yang merosot.

Timbalan Gabenor BoE, Ben Broadbent pada Selasa mengatakan adalah terlalu awal untuk menaikkan kadar faedah, kerana keadaan semasa sektor perniagaan di UK.

Walaubagaimanapun, Sterling mengukuh selepas data ini dikeluarkan dan memulih dari kejatuhan awal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat