Kadar Pengangguran UK Turun Lagi! Apa Reaksi Matawang Pound?

391

Pasaran pada sesi Eropah diperlihatkan dengan penerbitan data pekerjaan UK yang mencatatkan bacaan bercampur-campur pada bulan Ogos.

Menurut laporan Pejabat Statistik Negara (ONS), kadar pengangguran menepati jangkaan pasaran untuk menurun kepada 4.5% dalam tempoh tiga bulan hingga Ogos, iaitu angka terendah satu tahun.

Sementara itu, penggajian di UK dilaporkan meningkat sebanyak 207,000 pekerja pada bulan September, membawanya ke tahap tertinggi sebelum program subsidi upah oleh kerajaan berakhir.

Jawatan kosong pula terus meningkat sehingga mencapai tahap tertinggi sepanjang masa iaitu sebanyak 1.1 juta, dengan peningkatan terbesar dilihat dalam sektor penginapan dan perkhidmatan makanan.

Menteri Kewangan, Rishi Sunak memberitahu bahawa kerajaan komited untuk membantu orang mencari pekerjaan setelah tamatnya skim pekerjaan kerajaan pada akhir bulan September.

Purata pendapatan mingguan pula 7.2% lebih tinggi daripada tiga bulan yang sama pada tahun 2020, namun sedikit perlahan berbanding bacaan sebelumnya sebanyak 8.3%.

Bagaimanapun, matawang pound gagal memberi reaksi susulan penerbitan data ini, dengan didagangkan sedikit berubah di sekitar harga 1.3600 berbanding USD.

Matawang itu sebelum ini telah mendapat sokongan daripada kenyataan dua pembuat dasar Bank Pusat England (BOE) yang memberi isyarat untuk kenaikan kadar faedah sebagai tindak balas kepada kenaikan harga tenaga yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat