Kadar Pengeluaran Buruh Malaysia Lonjak 2.7% pada Q1 2022

137

‘Mestilah naik, penulis pun selalu ‘ot’ kot sejak dah habis PKP.’

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa kadar pengeluaran buruh bagi suku pertama 2022 (1Q22), dengan nilai tambah setiap pekerjaan, melonjak 2.7% pada RM23,129 seorang.

Sebagai rekod, pada suku sama tahun lalu data menyaksikan catatan RM22,500 serorang.

Menurut laporan Produktiviti Buruh, Suku Pertama 2022 yang diterbitkan, data pekerjaan Malaysia meningkat 2.2% pada 15.6 juta orang.

Ia selari dengan aspirasi peralihan Fasa 4 Pelan Pemulihan Nasional yang menyaksikan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) sehingga membenarkan acara sosial dan perhimpunan, selain perniagaan disambung semula ke kapasiti penuh.

Menurut Ketua Perangkaan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, hal ini telah memberi dorongan kepada trend pasaran buruh yang positifi pada suku ini.

Terangnya, jumlah jam bekerja tertinggi dicatat sebanyak 4.6% pada rekod 8.9 bilion jam selepas waktu operasi perniagaan yang lebih panjang dibenarkan pada suku ini.

Selain itu, dari sudut ekonomi pula 3 sektor iaitu perkhidmatan, pembuatan dan pertanian mencatat pertumbuhan positif dalam produktiviti buruh mengikut nilai tambah bagi setiap pekerjaan.

Ijmal Mohd Uzir, beliau mengunjurkan perkembangan lebih baik dalam beberapa bulan akan datang dengan peningkatan pasaran buruh yang memberi petunjuk ekonomi yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat