Kajian Kes : Krisis Ekonomi Tulip Mania- Bitcoin Adalah Tulip Abad Ke-21?

377

Dumenil dan Levy  mengatakan bahawa ‘History never repeats itself exactly but all historical facts have precedents

Langkah penting yang harus dilakukan dalam mendepani krisis adalah memetakan corak dan keteraturannya. Menangkap corak dan keteraturan penting bagi melihat akar masalah. Kejadian yang berlaku pada hari ini merupakan ulangan daripada kejadian masa lalu. Namun setiap kejadian pada dasarnya ada keunikan yang tersendiri. Setiap krisis memiliki tingkat kerumitan tersendiri. Pada peringkat awal perlunya untuk mengkaji dan melihat setiap kejadian krisis yang pernah ada dari dua sisi utama.

Pertama adalah punca atau sebab menjadi akar kejadian krisis itu sendiri. Kedua, kesan yang terjadi bagi setiap krisis. Apa yang harus dilakukan adalah dengan melihat hubungan sebab, punca dan kesan dari setiap malapetaka yang ditimbulkan oleh manusia itu sendiri.

Kepanikan yang acap kali menjadi punca krisis bukan sahaja terjadi disaat krisis tetapi ia juga berlaku disaat puncak (booming). Seperti yang dituturkan Kindleberger dalam bukunya Maniac, Panics and Crashes bahawa kepanikan terjadi bukan sahaja terjadi saat krisis, tetapi juga terjadi pada saat ekonomi sedang menuju puncak. Hal ini kerana pada saat puncak, pelabur akan melakukan pelaburan sehingga menyebabkan over-investment. Kemudian apabila munculnya kepanikan, para pelabur mula menarik kembali modal mereka. Ini menyebakan kurangnya wang yang mengalir untuk menggerakan ekonomi .

Gambaran krisis ekonomi atau kewangan dapat dilihat apabila sesuatu keadaan dimana kebanyakan sektor terpaksa menutup perniagaanya atau mengurangi pengeluaran kerana tidak ada permintaan. Hal ini boleh terjadi disebabkan bencana alam. Biasanya krisis didorong oleh bencana kewangan. Krisis yang melanda dunia pada 2007/2008 yang merupakan lanjutan daripada sejarah krisis yang cukup panjang.

Jika kita berasaskan definisi krisis berdasarkan teori kitaran perniagaan. Malaysia telah menghadapi 5 kali krisis ekonomi. Sila baca disini berkenaan teori kitaran perniagaan ; https://intraday.my/analisis-ampuh-kerap-digunakan-meramalkan-pergerakan-pasaran-melalui-kitaran-perniagaan/

Gelembung ekonomi atau economic bubbles merupakan satu fenomena biasa dalam kajian sistem ekonomi. Terdapat banyak contoh fenomena gelembung ekonomi yang terjadi melibatkan sektor ekonomi berbeza-beza.

Antaranya pada sektor perumahan atau yang lebih dikenal dengan istilah housing bubbles serta pasaran saham (stock bubbles) yang berlaku pada tahun 2008 di US. Namun salah satu contoh fenomena klasik ialah gelembung ekonomi yang terjadi pada era 1630-an yang lebih dikenali dengan nama The Tulip Mania.

Tulip bulb mania terjadi pada dekad keemasan Belanda di mana pada saat itu tulip mencapai harga yang yang sangat tinggi dan kemudian jatuh dalam dalam waktu singkat.

Ia bermula pada akhir abad 1590an, apabila bunga tulip menjadi salah satu komoditi yang diimport dari Turki ke Belanda. Bunga ini menjadi fenomena di negara Belanda dan menjadi salah satu trendsetter, terutama sebagai hiasan pada di baju. Disbebabkan bunga tulip begitu mempersonakan di mata masyarakat, maka permintaan akan bunga tersebut melonjak naik seiring dengan permintaan masyarakat, sehingga mencapai puncaknya pada tahun 1637an.

Pada ketika itu permintaan terlalu banyak tetapi stok bunga tulip yang ada, tidak mencukupi. Asas teori permintaan dan penawaran, apabila penawaran tidak mampu tampung permintaan, harga akan melonjak naik. Harga bunga tulip meroket sehingga setara dengan 40x ganda gaji pekerja Belanda selama setahun. Tetapi hal itu tidak bertahan lama, apabila pemain pasaran mula menjualkannya di pasaran, sehingga menyebabkan harga bunga tulip jatuh dalam tempoh sebulan.Dikatakan harganya pada ketika itu lebih kurang daripada harga bawang merah.

Seperti bubble pada umumnya, pada saat itu orang-orang percaya bahwa harga tulip bulb kebal dari crash dan yakin bahwa harga akan terus naik. Peristiwa tulip ini menjadi titik penting munculnya istilah gelembung ekonomi/bubble economics. Sejak itu juga banyak kajian kes krisis sering dibandingkan dengan peristiwa tulip mania.

Berdasarkan peristiwa tersebut ada beberapa isi penting yang boleh kita ambil;

  • Tindakan yang lambat daripada kerajaan dalam menetapkan aturan dan sekatan.
  • Jangkaan yang berlebihan daripada pelaku ekonomi.
  • Permainan spekulasi oleh spekulator.

Persoalan adakah bitcoin adalah seperti tulip mania? Adakah ciri-ciri bitcoin adalah sama seperti tulip? Bagaimana faktor-faktor yang melatari dua kes tersebut? Jika bitcoin bukan tulip, apa yang membuatkan ia bukan tulips dan adakah dengan itu, membuatkan bitcoin tidak tergolong dalam kategori bubbles?

 

Dalam artikel di atas tidak dinyatakan kesamaan bitcoin dan tulip. Kajian kes ini tertumpu untuk memahami fenomena krisis tulip yang berlaku pada abad ke 16 tersebut sebagai bentuk percambahan ilmu. Persoalan diatas ditimbulkan untuk menggalakan kajian lebih mendalam.

Artikel ini merupakan sambungan daripada artikel dibawah;
https://intraday.my/pakar-dalam-fundamental-ilmu-ini-sangat-penting-untuk-dikuasai-krisis-ekonomi/

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat