Kalau Ada Yang Tak Masuk Posisi Hari Ini Memang Rugilah!

2,532

Dolar Amerika turun ke paras terendah terbaru 2 setengah tahun berbanding kebanyakan matawang utama lain ketika pasaran memasuki sesi Eropah.

Matawang gergasi itu terus menerima tekanan susulan keputusan Federal Reserve yang mengekalkan kadar faedah di tahap terendah ketika para perunding Kongres kini dilaporkan semakin hampir untuk mencapai perjanjian dalam rundingan pakej rangsangan tambahan AS.

Kelemahan US dolar telah memberi manfaat buat kebanyakan matawang utama untuk menembusi paras ketinggian tahunan terbaru pada sesi dagangan hari ini.

Euro menguat pada 1.22290, iaitu paling tinggi sejak April 2018, didorong oleh penyusutan US dolar dan data pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah yang memberangsangkan.

Pound sterling pula melonjak pada 1.35800, tahap terkuatnya sejak Mei 2018, diangkat oleh keyakinan pasaran abhawa perjanjian perdagangan Brexit dapat dicapai.

Matawang safe-haven, yen Jepun naik ke paras tertinggi 9 bulan dan mengukuh pada 103.20, sementara swiss franc melonjak paling tinggi hampir 6 tahun berbanding USD selepas Bank Pusat Switzerland (SNB) mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat polisi hari ini.

Di sisi lain, dolar Aussie didagangkan tinggi di paras ketinggian terbaru 2 setengah tahun pada 0.762600 berbanding USD selepas disokong oleh data pekerjaan yang melebihi jangkaan, sekali gus mengangkat harapan pasaran terhadap pemulihan ekonomi Australia yang lebih cepat.

Sementara dolar kiwi turut menembusi tahap tertinggi terbaru 2 setengah tahun pada 0.715500 berbanding USD, dipacu oleh data yang diterbitkan hari Khamis menunjukkan pertumbuhan ekonomi New Zealand meningkat lebih tinggi daripada unjuran pasaran.

Selain itu, dolar Kanada memanfaatkan penyusutan US dolar dan peningkatan harga minyak mentah dengan didagangkan menguat di sekitar paras ketinggian 2 setengah tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat