Kalau Kalah Pada November Ini, Trump Diramal Menang Pilihan Raya 2024 Nanti

553

Presiden Amerika Syarikat (AS) nampaknya masih mempunyai peluang untuk memenangi jawatan presiden buat kali kedua jika gagal pada pilihan raya November ini.

Berbaki 15 hari sahaja lagi sebelum pemilihan presiden baru, bekas ketua strategi White House, Steve Bannon meramalkan kemenangan akan berpihak kepada Trump jika figura itu mencalonkan diri bagi pemilihan presiden pada 2024.

“Jika Joe Biden memenangi pilihan raya, Trump akan mengumumkan pencalonannya pada 2024 dan menang jawatan presiden”, katanya.

Menurut Bannon lagi, keputusan undian semasa sebenarnya lebih hampir dengan ramalannya daripada apa yang dilaporkan oleh pihak media.

Malah, menerusi sebuah laman forum Young Republican Federation, Bannon memberitahu keyakinannya terhadap kemenangan Trump seawal jam 10 atau 11 pagi pada 3 November nanti.

Bannon merupakan staf kempen pilihan raya Trump sebelum memegang jawatan ketua strategi untuk tempoh 8 bulan dan meninggalkan jawatan tersebut secara tiba-tiba pada 2017.

Sebelum ini lelaki tersebut telah ditangkap atas kesalahan jenayah penyelewengan wang dan penipuan melibatkan kempen atas talian, We Build the Wall bagi tujuan mengumpul dana untuk membina pagar di sempadan Mexico, mencegah kemasukan pendatang haram.

Walau bagaimanapun, Bannon mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan terhadapnya dan dilaporkan telah bebas pada Ogos. Perbicaraan seterusnya dijadualkan pada Mei 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat