Kalau ‘Kencang’ Macam Ni, Saham Favco Ada Potensi Nak Melonjak

433

MIDF Research menjangkakan syarikat pengeluar kren, Favelle Favco Bhd (FFB) akan mampu mengekalkan pendapatannya pada tahun ini berdasarkan momentum order book yang stabil.

FFB semalam memaklumkan telah menerima senarai pembelian kren berjumlah RM56.1 juta sejak 27 Ogos lalu.

Jumlah itu sekali gus menjadikan order book syarikat berkenaan kepada RM569.1 juta sehingga semalam, menurut MIDF.

“Kami tidak melakukan sebarang perubahan terhadap anggaran pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 (FY20) dan 31 Disember 2021 (FY21) pada ketika ini kerana jumlah pembelian sama seperti apa kami jangkakan bagi FY20-FY21 iaitu RM350 juta untuk FY20 dan RM370 bagi FY21,” kata penganalisis MIDF, Noor Athila Mohd. Razali.

Tambah MIDF lagi, mereka juga mengekalkan unjuran ‘buy’ untuk saham FFB dengan harga sasaran tidak berubah iaitu RM3. Saham FFB, yang turun ke paras terendah iaitu RM1.73 pada 23 Mac lalu, telah meningkat kira-kira 34% kepada RM2.32, menjadikan pasaran modalnya sebanyak RM519.55 juta.

Walau bagaimanapun, Noor Athila berkata pihaknya menjangkakan pendapatan FFB yang lebih rendah untuk tahun ini berikutan persekitaran operasi yang mencabar disebabkan oleh perang harga minyak awal tahun ini serta penularan pandemik Covid-19.

Namun, beliau percaya FFB akan mampu mengekalkan pendapatannya tahun ini, memandangkan margin operasi dan keuntungannya tetap kukuh selama tempoh dua suku terakhir walaupun wujud sekatan akibat Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Malahan, seperti yang dilihat dalam pembelian dan pembukaan semula ekonomi di seluruh dunia, kami menyaksikan wujud permintaan semula bagi kren infrastruktur dan offshore selepas permintaan bagi infrastruktur serta minyak mentah meningkat semula,” jelas MIDF.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat