Kalau Pound Lemah, Kenapa Pula GBP/USD Naik?

991

Matawang Pound Sterling didagangkan berisiko dalam pasaran pada minggu ini namun dilihat lebih mengukuh berbanding US dolar semalam.

Dilihat penurunan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD gagal meneruskan penurunan lebih rendah ke bawah paras 1.3000 semalam dengan hanya mendatar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Pelabur kekal melihat dagangan Pound berisiko ekoran beberapa faktor utama yang memberi tekanan. Antaranya data pekerjaan UK yang kurang memberangsangkan serta pertumbuhan ekonomi UK untuk suku tahun kedua yang mencatatkan penguncupan terbesar sehingga mengesahkan ekonomi UK kini berada dalam tempoh kemelesetan.

Namun harga pada carta GBP/USD masih mampu membuat kenaikan pada dagangan hari ini dengan kenaikan di sesi Asia telah berjaya melepasi halangan MA50 yang memberi petunjuk perubahan trend bullish harga bakal berlaku.

Ini adalah didorong oleh penyusutan bagi matawang US dolar di mana tumpuan pelabur mula beralih pada perkembangan rundingan pakej rangsangan ekonomi AS serta perkembangan vaksin yang terbaru.

Kenaikan harga yang berjaya diteruskan mampu mencapai semula ke paras ketinggian di bawah paras 1.3200 di zon resistance sebelum ini.

Namun, dengan jangkaan besar untuk harga kembali membuat penurunan, paras sokongan 1.30000 pada zon RBS (resistance become support) bakal dituju semula.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju pula ke zon RBS lebih rendah di bawah paras 1.29000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat